KiSAH.CERiTA.HiDuP

... ungkapan KiSAH dalam menCERiTAkan rahsia rongga keHiDUPan ...

SeJuk TaK Kat Luar??

tula laen kali pkai baju sejuk yg tebal tu .. hee~


huff!
masih lagi sma hari ni .
pagi ini .
suasana dingin menyntuh pagi ku .
sehinggalah ke ptg ini . masih trsa akn sejuk nya hri ni . mungkin kah slji akn trun? haha... jauh skali
mungkin smpai ke mlm sjuknya? tidak pula ku tahui
kerna Dia yg lebih tahu .

masih lagi bingung . tak taw nk buat ape msa cuti ni . dh msuk 2 hari dh ni .
rsa cam tak berfungsi je ak blik cuti ni . haha

nak jupe mmber . da yg duduk kemain jauh . da yg duduk dekat tpi, cuti plak len2 .
maunye nk jupe . tak silap msti die kata "Ak dh nk blik klej la " , "Dh abes dh la cuti ak, npe xgtaw awl2?" .

plak .
kite yg kna, xperla . tpi kn blum cuba, blum ty . cmne nak taw klu xtnya kn?

sepanjang ak meringkuk lam umah ni . mghdap lppy ak je . makan mnum jgn ckap la . yg tu memang kperluan kte lam hidup ni pn .

kdg2 tu trasa sunyi pn da gak . tbe2 je tringat kwn2, shbat2, tman2 ak . haha . mode touchin jap

tu yg ak layan je lagu ni .


Harusnya Kau Tahu 
by 
Elhamz 



LiRiKnye...

inginku tenun senyuman padamu
mengenang manis madu yang kau beri kepadaku
yang memutarkan memori laluku bersamamu
riak tenang mengalun jiwaku

inginku bahagia belai cita-cita
mewarnai impian yang tlah kian lama tercipta
bersama mu yang dulu kurasa betapa indahnya
gubah jaluran pelangi milik kita

duhai sahabatku kau harus tahu
kau lah segalanya untuk ku
bisa lukiskan untukku mimpi ceria dimalamku
harusnya kau tahu duhai sahabatku

ya rabbi ya Illahi
kau titipkanlah nur cintamu tuk dirinya
agar aku akan terus ketawa disamping dia
hanyalah cinta mu yang mampu membalasnya
ya Rabbul Izzati



bile la nk habes sjuk ni ... burrrr~

Nak Isi APE??

tak kan tido je kot cuti ni?? aish =.='


salam n hye guyz!!

sori sbb lma sgt tak update kisah.cerita.hidup ni..

bukn xnak update, cma xsmpat jer . siyes .

banyak bnda yg ak kjar . da jgak yg kejar ak . n da jgak yg aku tak sempat 

kejar . hehe

ni pn dpt update lps ak bwu blik dri PJ . bukan tak dpt on9 sna, cma tak smpat .

yela, dgn assignment lagi . dgn assignment lagi . dgn final lgi . dgn mjlis kesyukuran dkt PJ tu .

klu ikutkn, banyak je dlm kpala hotak ni nk taip n kngsikan .

cma biarkn je .

xperla . dh berlalu kn . nak buat cmne .

dh kedepan ni . depan je la . tak kan nak mngundur lagi .

dgn cuti yg tak bpe lma ni . hrap2 da jgak la bnda baru yg dpt ak blaja .

dpt la jgak ak isikan msa kosong ak, dgn bnda2 yg spttnyer .

 
p/s : agk2 korg, pe yg ak leh wat msa cuti ni ek?

Mengisi peNGORBANan dalam Pengalaman .




Salam eidul adha,
utk smua pmbaca KiSAH ku ni..

Ak mulai pagiku dgn bangun dari tidor, pagi yg tak sama dgn pagi2 raya sblum2 ni .. Bkn bermksud ak mghrap, tpi ingin mnyatakan kelainan .

Raya kali ini, ak beraya kat umah pak sdara ak . Tak jauh dari hstel ak, cma jauh dari kg ak .
Rsa2 nye ini kali pertma ak brya korban bukan dekat kg . Mncari pnglaman, mungkin . hehe

Macam biasa, pagi2 pergi solat raya . Dgr khutbah yg mcm ceramah - mcm xda semangat je khatib tu baca =.=' . Pastu balik . - itu je -

Tak da la . Mcm ak sbut sblm ni "mencari pnglaman, mungkin" .
Rupe2nye btol .

Ak kna lpah daging korban yang terkorban . Tgk org 'korban'kn lmbu tu dah biasa bg ak . Tapi ini LAPAH .
Mule2, series . len mcm je feeling dia .

Yela 1st time kn .. haha
pegang je pisau tu ke hlur ke hlir . dah smpai je, bahgian lembu . mule2 cm takut2 je . Ntah mna pergi tkut tu, tbe2 je tgn ak trus pgag otot lmbu tu . 

mcm best je ! haha..

pe ag, layan je la ak ni . trus buang lemak2 tu . asingkan yg mna patut.

mule2 dtg situ, siyes . mmng ak rasa bosan . yela, sebab tgk org sembelih je . 
but, terubat jgak bosan ak .. =)

tapi yg ak kagum sgt .
bkn hebatnye pkcik tu blah tulang lembu tu ngn kapak ,
bkn hebatnye tuk imam tu smbelih lembu tu ,
bkn hebatnye mrk memegang lmbu tu sblm dismblih .

tpi, semangat PERPADUAN & KERJASAMA pnduduk stmpat..
memang ak kagum . ak tgk . ak nilai ..

kn bgus klu sume pnduduk MALAYSIA cmni - bsr sgt

kn bgus klu kat kolej ak cmni . tpi apa pkn dya . klu dah ego yg terdpt dlm diri tu BESAR kn .. nk wat cmne, haha .. tpi, skurg2nye berkorban la . xsalah kn?

papepn, ianya mmng pnglaman baru bagi aku . mcm nak je wat lagi ..

slain mngmbil iktibar n pngjaran tntng pristiwa pngorbanan bulan ini , 
pengalaman dalam pngorbanan jga penting . 
kerna penglaman mencipta perjalanan .

 .. sekali lagi ..
~ SALAM EIDUL ADHA ~

Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada. Tiada Jualan Murah. Tiada Lagu Raya. Tiada rancangan khas di televisyen. Tiada mercun dan panjut menghias malam. Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja. Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan? Satu [...]

eid-prayer

Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada 
 pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.

KEKURANGAN YANG SATU

Kekurangannya hanya pada yang satu.

Anak-anak tidak pulang ke desa.

Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…

Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.

Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.

Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.

Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.

Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.

Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.
 
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

mule-mule SENYUM..

Hai, semua!!

Macam mna hari korang hari ini?? 
Gembirakah? .. Dukakah? .. Murungkah? .. Sukekah?

Biar apa pn prsaan kalian hari ini, ktahuilah ia bukannya slamanya . Ia nya sbgai peringtan pada kita, bhwa apa yg kita kecapi bukan la bermksud slamanya, tpi mengajar kita untuk sedar akan sifat smntara pmberian itu . 
Huhu..

okee..

Agak2 korg, selalu ke korg bangun pagi mulekan dgn snyuman??
(^.^)
 
kan comey tu .. hee~

geram jer rsa!! haha..

haha.. pndai pn snyum

wah!! byk nye braces!! hehe

hepi jer pak cik, mnang besar kew? =p

alah3, snyum kmbeng la die.. (mmng pn)

free2 je dapat, korg xnak??

hee, hee, hee

tak kesah la snyum macam mna pn . asalkan ade istilah snyum . 

Bagi ak, bila kter snyum pada awal pagi, insyaAllah.. prjalanan idup kita spnjng hari itu akan ceria je . 

Tapi, bukan tup-tup trus ceria je hari korg . Ia akan bermula scara perlahan2 .

Mungkin hari ini 'keceriaan' tu sikit, esok mgkin bertmbh, esok lagi mgkin len la hepi die . terpulang pda masing2 nye pmbwakan pada hari korg .

Oleh itu, ingt ak mulekan cretan November ini dgn SENYUMANN..!!!


"SENYUMlah kerna alam terSENYUM pada mu"

KiTaraN InSan DiAjaR


Alhamdulillah...
Kije yg slama ni menimbun2, dh berkurang sket . boleh la ak rest skit . xda la sampai lupe kije laen .
Cuma rehat yg aku utamakan . sekejap .

dalam masa tu . rmai mmber2 ak yg dah blik cuti . eh??? cuti??
nape kiteorg xda cuti bulan ni??

tidak!!
masih lagi dgn kelas .
masih lagi dgn TTO .
masih lagi dgn assignment .
masih lagi dgn 'leteran' lecturer .
masih lagi terasa bosan .


Agak2 hidup kor-wang cam ni tak??? =.='

but, orang2 positif berkata : 'life must go on'
so, go on je la . cma jgn la men2 ye . nak men xpe .  
" CUMA JGN MEN2 "


DiTimbun . MeNimBun

Se-PuLuh . 

Bukan sekadar nombor, bukan sekadar angka, bukan jua skadar mmbaca .
sebuah tafsiran dalam pngalamn yang pelbagai,


Oktober . mungkin bulan ku yang terduga .
banyak sgat tugasan n 'tugasan' yang ak kena bereskan,


Sempit dalam kesempitan - kerna kehitaman
 
dalam minggu saje dah macam2 kije aku . kerja persatuan . program nnti . study grup
memang mngegar sel2 neuron ku . ak cma khuatir . tkut2 mnjadi aktif tak sudah .

n sumenye nak mnggu ni . mak aih ..

mggu depan lak
menghadap parajurit kosong matanya . mmbentangkan present-tension .
subjek EngLish tak pe ag
ni GerMan . kna present lam bhsa german lak tu ..
blum pernah lagi terlintas aku nak present dalam bahasa Deutschland

Tapi tak pe, aku suke . tak taw sbb pe . mungkin sebab menyukai . atau adkah kerna ingin menguji diri?


p/s : jam kul 2 pagi, smpat lagi ak post .

SePu1uH..

Salam,

Sedar tak sedar (kalu sedar la), dah masuk bulan oktober pn . pe yang aku buat bulan2 sebelum ni?
Tak semampu aku nak mengimbau kembali episod lalu, kata aku "Hidup kena terus ke depan, takkan nak undur" . 

cuma yang belakang jadikan rujukan, yang depan jadikan perjalanan .

Sama2la kita bersyukur kepada yang Maha Mengetahui segala2nya kerna masih diberikan peluang untuk bernafas . bernadi . di atas muka bumi bulat ini .

Menantikan suatu tragedi di bulan oktober . ingin saja tragedi nya bahagia . bahagia dalam ingatan menghadirkan kekuatan untuk hari2 depan .

Apakah 'makanan' ku oktober ini? ku tunggu ...


TRAGEDI OKTOBER
Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...


p/s : tak da kena mengena pun lagu awie ngan aku.. haha

MuLa . Habes

Alhamdulillah ..
Setelah, dua ari (je), da final paper n mid-term paper . baru ari ni, ak rasa giler .
Menjadi 'lecturer' tak bergaji kat kafe n bilik, membuatkan kepala hotak ak jadi berat nak tumbang . nasib baek tiang leher ak bleh support lagi

Ye ar, sok da paper bru diaorg ni nak start revison la, study la . Abes, ak la jadi 'mangsa' nye . 
Tdonye, pukul 1 - 2 pagi . Banyak yg ak buat is - mngajar . 

Bukan ak tak suke ngajar, ak suke . pe ntah lagi berkongsi, suke sgt . Masalahnye, study last minit, lepas tu ak yang kena . wah, memng curi masa-masa ku la..

Study awal tak pe, aku tak kesah sangat . ni tak taw langsung, bru nak taw rini . Padahal sok da exam ni .

Ntah nape ak rasa kali ini kapala ak jadi smcam mudah berat . padahal bagiku sket je pn nak ajar . blajar, jgn ckap ar, bley tahan la 'skit' nye . haha

Yang pasti, exam kali ini - aku leh buat semua (ade gak ak tinggal - skit je) . memang tak da tindak-tanduk dah . sebab dh patah tanduk nye .. haha

p/s : ak pun da jugak study last minit(ngaku =p), tapi tak da la selalu

Sunyi ke MaLam ni???

Malam ini masih sama, 
kesunyian telas ternyata,
walau muzik kuat volumenya,
belum mampu mengetuk diamnya

Apakah indah dia di sana,
meniti hidup jalan barunya, 
belum pernah berjauhan katanya,
masih ak tertanya, 'Apakah mampu dia disana?'

Hanya doa ku sebagai peneman,
Tatkala kalut datang meneman,
Jadikan potret sebagai kenangan,
Pengganti ingatan pada ku, teman.


" BE STRONG OUT THERE!!! "
Im gonna really miss u

SeLaMat Lah KaMU DisAnA, YeRrrrr...

Salam to uoallz..

Alhamdulillah, selamat sudaa perjalanan aku balik semula ke GMi pagi td, dapat la aku rehat jap badan tadi selepas meredah kekalutan bas2 yang tiba secara berjemaah di stesyen bas . haha . datang pn berjemaah, pegi pn berjemaah - tapi kejap je ..

Tapi malam ni seakan memahami hati ku, berteman kan hujan, bermainkan perasaan . berlatarkan Maafkan Teman . tibe2 je ak rasa nak baca blog member baik ak . dier nak pegi dah . nak ke mesir, tempatnya . 

ak pn xtaw nape perlu rasa sayu n sedih je . Adakah ikatan persahabtan itu terbina di atas titian yang ikhlas?? mungkin jua .. diharapkan berteruskan smpai bila2

Ak tak sempat nk utuskan surat, pe ntah lagi sms n kol - mungkin yang terakhir. senang kata fb la pnyambung ikatan kiter . biar jauh dari mata ini, bukan dari hati ini .

Tu la, ari tu kata nak jupe la . tak jadi gak . haha ..
nak wat cmne, tak kesampaian kan, kte ni boleh merancang, selebihnya . Dia lah yang menentukan .

dipendekkan 'coretan' ku . wahai BB dengarlah lagu ni . moga difahami sesungguhnya hati mu .

BERSAMA



Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda


Dikau pernah bertanya
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA


Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama


Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini


Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda


Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama


Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang

Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini


Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya


" Aku doakan yang terbek utk ko . Semoga apa yg diimpikan, diharapkan tercapai dalam redha n restu-Nya .
Yang PENTING, jgan lupekan ak taw "

Berjumpe SeMuLA

Biar pun tak ramai yg dtg join kternye reunion, sbb yg len da hal masing2 . tak pe la . im still enjoy it!!.
skurang2nye, terubat la jgak kerinduan ak . haha . yela, kwan sekulah menengah yg dh tak temui lama.

cma yg aku agk terkilan, kwan skulah rendah ak mna ntah pegi . ntah ingt, ntah tidak . 

tak pe ar, bek ak bersngka bek . lagi bek . hee~


Tunggu mak ye?? (ayu)..

klu ikutkan, mula2 tak jadi . de la sorg ni . ktorg plan ingt nak wat reunion pegi braya umah cg .
alih2, tak jadi . sbb da hal masing2 , satu ag,  trnsport problem .


Wanita idaman ye luq?? haha

oke ar, ak accpt je la . tgk2 jadi plak, cma xpegi umah cg la . just jupe2 cmtu je . haha .

Spanjang pertemuan, diaorg nak men bowlink . ak dh la xreti men bowlink . sntuh jer pnah .


tpi diaorg mcm mghrap ak men . dah la ati time tengah gundah gulana . hahaha .
nak xnak, ak men je dalam mud cool . hehe

yang pliknye, ak yang tak penah men langsung . bley menang lak . just like a miracle la plak .


pastu ak plak yg kena blnja . klu tak menang pn ak blnja gak . ye la ble ag kan . hehe

nak makan kat mna pun pning (mula2 je), ramai plak org nye . ak tgk, rmai bdak2 wat reunion . tu yg ramai kot .





Abes je mlntak, pe lagi blik la . ak sndiri pn dh tak lrat .

to LUQ, WANI, MIMI, IRAH, AYU
we had a great time 2gether. hpefully we meet again someday


p/s : lps ni kter wat lagi ramai ek??

BileR SyaWal diJalankan

DAM! DUM! KEBABOW! BOOM! 
 
Dah berhabuk n bersawang, teratak kisah ku ini . Mana tak nye, dh bpe lama ak xupdate langsung cerita2 ak kat dlm ni . 

Sampaikan, bulan ramadhan pn ak tak sempat post kan sni. Bukan pe, mungkin ketersibukan yg 'melampau' kot . hehe..

So, untuk yang follower or bukan follower ak, mintak maaf sngat2 kerna kelemahan diri ini, sebab diriku bukannya tak mahu, tapi sudah cuba yang terbek, tapi tak kesampaian ..

Untuk mulakan 'muka baru' kisah aku, meh ak nk kongsikan sket 'kronologi raye' ak masa sebelum n semasa raya.

SEBELUM RAYER DAA...
aku balik awal dari yang biasa (penah ke ak blik dari yg tak biasa??? hehe) . kalu ikutkan ak da klas ari isnin tu, klas english . pe lagi ponteng la . bukan pe, klas petang je, satu kelas pulak tu . tak kan nk tererap je dlm hstel tu tggu sampai ari isnin, msak aku . bukan ak sorang je, sume ahli kelas ak skali tak datang kelas . hahaha . ala lagi pn, ak memang tak boleh balik lepas ari isnin, sbb ak kna tumpang mak cik ak balik kg .
kg - kat batu pahat .

Memang kna 'buli' la ak kat sna, haha . besala, persiapan seblum raya, phm2 aje le . tapi yang btol2 ak kena buli is wif my anak sedara . kna gigit, cubit, time ak nak tido pn dia bleh ajak men ngan dia lagi tu . mmng ak ni mangsa dier la .


Aqil - anak sedara yg buli aku. cmey kan?? hehe


TENGAH RAYER NI.. 
rsanye spnjng idup ak beraye, ni la 1st time pagi2 lagi dah hujan . jadi, msa nak pegi smbhyng raya tu, mmng dapat mandi free la . haha . yang ak tak puah ati nye, bukan maen laju lagi tok imam tu takbir (selang antara takbir) msa nak solat raya . xdala, kot ye pun janganla laju, kesian kat orang lain yang baru datang . tak psal2 rushing jadinye .



Abes je, pe ag . blik umah la . mcm bese, salam2, mntak maaf sume . n memang xmungkin lupe - amek gmbar ler ..

lepas je solat jumaat, operasi beraya berjalan . 
Smpai ke mlm la braye, yang ak tak leh bla tu, org mcm ak pn dapat ag duit raye . hahaha.. untung jadi ak . Esoknye, sma gak . tapi xla smpai mlm , ptg je .

Ari raye ke-3 .  blek kg kat kulim lak . memang dapat lmpu raya free time mlm, ye la ramai org nak blek ke kl masa tu . sesak jgn kata la . ak dgr ada org citer bertolak 6 ptg camtu, tpi smpai 7 pagi esok . giler bnor .
Tapi, yg btol2 kecewakan kat kulim ni, ingt dapat beraya mna2 . aleh2, rmai plak yg datang beraya kat kg kulim ak ni . faul btol la . burn plan . xperla, lyan aje la .

Raya ke-5 . blek umah ak kat klantan . my home sweet home . haha . lma bnor bai xblik umah . tu bru duk mlaysia, blum ag oversea tu .

.. Ade orang kata kalu dh besar, rasa kemeriahan raye tu dh kurang . btol ke?? bagi ak, bile kter dh besar . kte la yg mwujudkan kemeriahan tu, tak kan org len lak . cma terpulangla, camne kte nk raikan . budak2 len sbb diaorang tak pham lagi mksud kemeriahan n mraikan syawal ..


tapi papehal pn, ak nk ucapkan
SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR BATIN
maafkan keterlanjuran n kesalahan ku spnjng perkenalan ku dgn kalian ye??
(^-^)

Dalam keemasan - ni la famili aku ('',)

maaF Kerna....

Salam wbt,
(direct to point) ... nk mntak maaf sgt2 kat korg, sbb dah lma sgt xupdate blog kisah ku ini...
sbb agk kebizian sket la .. klu ikutkn, byk je citer n bnda nk kngsikan, cma da prob sket n kije len (xyah mention kot) ....

tpi, insyaAllah, dlm msa terdekat ni, kisahku akn di update, k?? 
(^-^)

MaaF ek??

Pada pembaca mata2 sekalian, maaf dipinta dari kalian, kerna tak dpt post sgt dlm kisah ku ini, sbb tgh final exam ni ek..
pape pn, WISH ME THE BEST kay??  

(^-^)

Ade OranG

~ ble sang arnab bersama sang kancil ~

Alhamdulilllah, masih lagi dipnjamkn kepada kiter udara utk kita bernafas sebaek2nye n moga2 kter tergolong di dlm hmba-Nya yg bertakwa ..
ameen .. insyaAllah..


Suatu yg tak djngka dek akal n seakan memahami soal hati yg selama ini tersimpan dalam lubuk jiwa ini . pagi td(dekat2 tgh hari),
aku dpt komen atau mungkin kritikan, dari blogger yg aku tak kenal . huhu . dari apa yg dia komenkn, mungkin btol .

rsanya tak perlu la aku nyatakan apa yg 'beliau' komenkn . ek??? thx 4 da critics


Tapi pd pndapat aku, stiap orang punyai cara tersendiri . contohnya, cara makan . ada yg makan gunakan tangan, ada yang gunakan sudu n garfu, ada yang gunakan penyepit . semuanya masuk juga ke dalam mulut n seterusnya perut .

Mungkin ape yg aku postkn, tak bertepatan dengan spesikasi manusia yg lebih berfikiran intelektual(kononnya) huhu . tapi aku percaya pada satu frasa 'dunia ni umpama kelas, belajar la sehingga habis masamu' .

aku belajar dari kritikan . aku belajar
dari pngalaman . aku belajar dari orang lain . aku belajar kerna aku mahu belajar .

Lagipun, apa yg aku postkn, cuba ak seimbngkan antara santai n serious . tak kan la sumenye nk letak entry yg tak da kaitan langsung dengan hidup . ikutkan banyak kisah yang aku nak citer .
sbb tu namanya kisah.cerita.hidup
(belajar dari kisah untuk diceritakan dlm kehidupan)

Diriku juga manusia . kter sume manusia (len la klu bukan manusia yg baca blog ak ni, haha) . sentiasa ada kesilapan n kecuaian . aslkan kter belajar, insyaAllah ..
tidak la smpurna jadinya . cma jadi lebih bek dari sblum ni .


Maaf, bukan niat ku nk menuduh saper2, jauh sekali . cuma aku nk nyatakan pringtan kepada kita2 semua bhwa manusia punyai
kelemhan n kekurangan masing, belajarla menerima kritkan n memberi kritikan ..

~ peace ~

SekaLi LaaGi

tgk jam : pkul 9 dah??? giler ar (ak xgiler k)
anta msj kat abg . trus mndi ..

nsib bek smpat . hehehe.. smlm ak ngn mmber2 ak pgi skulah utk program kbjikan..
xdala full sgt, jst nk siapkan mna yg tak siap lagi..

tpi, memang pagi tu, bgun2 mmng ak terkjut, dh set masa laen, msa len yg disetkn .. hahaha~

~ dri pagi smpai ptg ~
xabes2 cat hruf jawi(asmaul husna) + lekat kat dinding + mengarah org (knan sket, kiri sket)

> mlm <
plan pgi mkn sate kajang kat kajang, last2 kat bngi je.. (hmpeh!!)
rasionalnye, leh trima la.. sbb masa pn tak cukup, dkt je .. xyah pgi jaoh2 . sma je, sbb 'satay kajang' pn da gak kat bangi . save minyak n msa . kn3??

sate dia, uish .. xyah cite ar, mmng sdp la . mkn skali nk lagi . bile nk lagi , xleh berhnti . mlainkn yg dh knyg .

rsa daging lembu , dging ayam dya mmng padu la bile msuk dlm mulut . mmng best ar .. tu pn da org yg blnja kn ..
TIMA KASEH org yg blnja kn (perlu ke gtaw nma kat sni . hehe)

abesss ~~~

BiaR BtoL

KETUK2!!.. (mcm la bunyi sgt)

~ muzik msuk, skali lirik lagu ~


hehe, maaf la mrapu sket..
xda ak nk citer sket ni . mcm da kena mngena je ngan aku . bru2 ak da mimpi yg ak wat lagu n lirik sndri . lagu dya mmng sdp . lirik pn leh thn .


sdeynye, bile ak bgn je dri tdo . ak trus lupe . pe ak yg ak nynyikan . pe yg ak lgukan . siyesly, mmng best . smpai skrg still mghrap, mmpi yg sma dtg lagi . ye ar, bkn sng dpt pluang cmtu . huhu..




tu je nk cite =p

MAeN AtaS AiS

dia: salam, allo hairi anta da mna ni???
aku: wslam.. da dlm blik ni..
dia: dh siap ek??
aku: pg mna? (bru sdar) oo.. bwu bgn lar..
dia: okeyh, kul 9 kmpul ek..

mmng klam kabut ak pg td, cmne leh bgn lmbt, pdahal ari ni nk pg tmpt ak xpna pg pn..

~ SunWay PyraMiD ~


tu la tmptnye, dh la lmbt rushing, ak mmng xleh klm kbut, try to be cool, nseb bek leh . hehe . tmbh2, nsib bek bkn ak sowg je, de lagi snior len lmbt . (ceth!! wat ltih ak je..)

yg ak hngin(kasi gempak je), tggu jam len .. bas dtg jam len, eh?? cmne plak tu .

dlm bas : mlalak, mnjerit, mengilai, (lebey2 lak) test swara, sume de.. hehe.. mcm2 lagu kamiorg nynyi..

smpai je --> "ooo, ni ke tmpatnye(wat2 tnya)"

dlm piramid --> "mna dlu ni??", "mkn dlu ek"(mmng tgh lapor pn)


akcelli, ktorg dtg sunwei sje nk berekreasi.. yelah, rapat kn ukhwah..


aktiviti: ice skatting n memanah(bowlink tak jadi)
~ dua2 ak xmen, sbb da prob sket (-.-') ~


ak jst, tgk je la .. diaorg, nk mata ak terpaku pada ssorg, mmng ak ske tgk dya (biar trus trang). mule2 tu lucu, then, lma2 ak prasan smthink psal dya.. hehe..

dh lma bwink, ak gi ar jln pusing stu sunwei(xabis pusing pn)


lps asar n mkn, balek. smpat ag la ak bli brg, xleh gitaw la brg pe. hehe..


but, overall, walaupn ak xmen. tpi, da bnda len yg bermen, minda ak . huhu . rsnya, byk kli dh terpcul lrik n lagu scara spontan . xperla, nk wat cane kn .


ak observe org pn kira ilang la jgak tkanan sket . hehe . hrap2 lps ni da lagi la ..


p/s : lmbat ag ek, nk smpai bln rejab

WaRna2 SketSA

Angin hadir dalam kalut mimpiku,
menyapa ku walau hanya seketika,
dapat ku rasakan,
indahnya belaian lembut,
hampir-hampir,
dekat-dekat,
menyentuh jiwa ku,
yang lemah ini
lagi tergugat

Aku terkena dan terleka,
hanya kerna terpesona,
sebuah citra nan cerita,
dari angin yg mngirimkn
aneka ragam manusia,
ketawa ceria,
enak bercerita,
duka terasa,
perit meriba,
itulah warna sebuah sketsa..


p/s : ak sejut ~~~~~

[ CamaT HaRie Ibu ]

Salam sejahtera to all,
rasanya belum terlambat untuk ku tuturkan bait2 indah serta kembangan bunga2 indah bersulamkan kemanisan hatiku berbicara... hehe..
di kesempatan ini, ingin ku tutur kan kata2 kasih dan rindu ku pada insan yang selalu berada di dalam lubuk hati ku, SELAMAT HARI IBU..

Pengorbanan yang bonda titipkan, umpama sang mentari yang siang di pagi hari, cerah di malam dingin, sungguh, tiada lagi ibu yang bisa menggantikan ibu .. i Luv U, my MOM

Ingin diri ini kongsikan sebuah aksara yang ku jumpa
moga dijadikan tauladan dan iktibar yang dapat ditanami dalam lubuk hati..

====================================================================

Yang mengandungkan aku… mak
Yang melahirkan aku… mak
Yang menyusukan aku… mak
Sekolah pertama aku… mak

Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak
Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak
Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak
Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak
Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak

Seterusnya
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak
Bila nak bermanja, aku dekati….. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan…. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak
Bila bengang, aku suka luah pada…. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”

Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku…. mak
Yang selalu puji aku….. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri……
Bila seronok, aku cari…. pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. mak

Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada……….

MAKKKKK… RINDU MAK, RINDU SESANGAT….

Ketika mak masih ada….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?

dan akhir sekali bila mak dijemput pergi
berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..?

Peristiwa: Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Belas Sahaja)

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasih sayangku padamu – PERCUMA

Air mata si anak berlinang dan tidak dapat dibendung lagi setelah selesai membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya tadi.


tak terlintas untuk menyinggung perasaan orang lain, hanyalah untuk perkongsian dan peringatan untuk diri ini dan sume..
sayangi n cintai la ibu anda (salam sayang dari ku) =)

Tak Sangka N Tak Menjangka..

Alhamdulillah, bru2 ni pada 28/4 .. telah berlangsung sbuah majlis or should i say Annual Grand Meeting (AGM).. permulaan yang agk suram, but mkin lma mkin bek ..

N u know what, spnjng mjlis ni berlngsung, da jgk la dslitkan persembhan sket . persembhn yg ak n da geng wat adalah yg pertama utk thun ini, kra permulaan persembahan bagi ak la (utk thn ni, sblm ni dh wat da) .. kra dh lama kowt tak wat persembahan n tak pegang mikrofon, ak jadi macam xleh lps je mic tu .. nak je nyanyi byk2 . huhu =p

Yang tu kira ok la lagi, yg ak smpai skrg macam caya tak pcaya jer.. btol ke ak?? layak ke ak?? ak dpilih mnjadi naib presiden utk persatuan pelajar islam (PPi) .. masyaAllah .. btol ke ak yg kena pgg amanah ni?? smpai ke skrg ak still tertnya2, btol ker ni .. tapi, bnda dh jadi ak xleh wat pape la .. yg pasti ak amek bnda ni sbg ujian drpd-Nya pada aku .. ak harap moga2 diberikan kkuatan daripada Allah, utk mmikul amanah yg dberi .. insyaAllah ...

Sensei a!!!



Sumber: iLuVisLaM

‘SENSEI NO TSUKI' : APRESIASI DUNIA
EVENT TEAM MALAYSIA

Pengenalan


Bermula 15 April 2010 hingga 15 Mei 2010, iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB dan majalah ILUVISLAM membawakan kepada anda Kempen ‘Sensei No Tsuki' (atau dalam bahasa Melayunya ‘Bulan Sensei').

Kempen ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Guru & Bapa yang selalunya disambut setiap tahun dimana akan mendedahkan pengguna-pengguna iLuvislam khususnya dan pengguna internet lain amnya tentang peri penting menghargai jasa insan-insan yang pernah mengajar dan mendidik (yang kami gelarkan sebagai ‘sensei') kita sedari kecil. Kempen ini diadakan bagi menghormati, menghargai dan meraikan jasa dan pengorbanan ‘sensei' atas jasa-jasa mereka yang tidak terbalas.


Tema

Bertemakan ‘Apresiasi Dunia', yang membawa maksud penghargaan dunia, kami di iLuvislam.Com yakin dan percaya bahawa penghargaan harus diberikan kepada insan-insan yang telah ‘memberi dunia' kepada kita. Ibu bapa adalah dunia kita sejak lahir dan juga merupakan ‘sensei' pertama kita. Para pendidik seperti guru & pensyarah pula telah mencurahkan ilmu dan insan-insan berjasa inilah yang selayaknya kita beri penghormatan sebesar dunia. Tema ini juga memberi maksud nilai hormat yang kita seharusnya belajar dari masyarakat sekitar dunia dan kami memilih budaya hormat dari masyarakat Jepun sebagai model untuk kita contohi.

‘Sensei' dan Nilai dari Jepun


Bagi masyarakat Jepun, perkataan ‘sensei' merujuk kepada seseorang yang lebih tua dan dihormati dalam masyarakat seperti guru. Perkatan ini juga membawa maksud orang yang memberi ilmu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat Jepun amat terkenal dengan budaya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Budaya menundukkan kepala kepada seseorang adalah tanda hormat yang diamalkan sehingga hari ini, yang sebenarnya mempunyai nilai rendah diri yang tinggi.

Pelaksanaan Kempen


Bersempena dengan kempen ini, Event Team Malaysia iLuvislam.com akan menganjurkan beberapa pertandingan yang menarik untuk disertai. Antara pertandingan yang disediakan adalah seperti,
  • pertandingan menulis Haiku (puisi Jepun)
  • Kad kreatif
  • Memorious Moments
  • pencalonan Ibu/Bapa mithali.
maklumat lanjut mengenai pertandingan, boleh rujuk di sini

Kami juga akan menyiarkan artikel, video serta lagu yang berkaitan dan anda semua digalakkan untuk mencetak dan menampalnya disekolah atau dimana-mana yang bersesuaian atau menyebarkan ayat-ayat cinta walau dengan apa cara. Turut menyertai kami ialah MEOW edisi khas yang akan turut dikeluarkan oleh team Wakil IPT dan juga penyiaran artikel berkaitan kempen oleh Team Tabloid ILUVISLAM.

Anda semua digalakkan memeriahkan thread-thread yang berkaitan dengan kempen ini. Bagi anda yang mempunyai artikel-artikel, video, lagu atau gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi. sila emelkan kepada kami di event[at]iluvislam.com. Kisah menarik mungkin akan kami siarkan diruangan artikel.

Kami mengharapkan agar tradisi menghormati ‘sensei' ini akan berterusan walaupun selepas tamat kempen' Sensei no Tsuki' ini.

Ayuh, apresiasikan ‘sensei' anda!




p/s : rasanye nk wat je Haiku tu.. huhu

SekoLah (Selamat PAgi CekGu!!)

Alhamdulillah....
suatu kelegaan, bila masa program yg dilaksanakan bukanlah sratus peratus berjaya, skurg2nye
dilakukan sbaek mungkin untuk anak didik bngsa di sbuah sekolah agama - Sekolah Rendah Agama Sri Putra baru2 ni
Untuk pgtahuan korg, ni skolah ni bru jer buka, pstu untuk bulan 5 ni, skolah ni djdikan tuan
rumah tuk sbuah acara.. Yang tu ak xbrpe pasti acara pe .. huhu ..

ktorg bertolak pagi, blik smula ke asrama ptg .. dri pg, bleh kata non-stop working la .. da yg
mnampal itu, ini .. angkat meja, almari .. bersihkan bilik perpustakaan ..

Klu ikutkan sgkaan ak .. ingtkan, skulah ni bsar .. rpanye, xla besar mana pn .. tpi utk
siapkan sehari, xckup doh .. mmng blum puas agi la . nak wat cmne, msa mncemburui . but, at
least ktorg dh wat yg terbek, yg tu yg pnting .. letih tu len kra, yg pnting njoy!! (^_^)

Yang mmbuatkan ak tersentuh, ak trasa sperti kmbali smula ke alam persekolahan .. alam tadika, alam sekolah rendah, menengah .. hehe, kdang2 trsa sayu je . kdang2 suke pn da . yela,
ak kat skulah dlu2, xdala nakal sgt.. pndiam je, mlu2 gitu (bley cye ke??)

Yang buat ak sayu, lma sgt ak xjumpa cg2 ak dlu, dri tadika smpai menengah.. klu bukan kerna diaorg, maka bukan aku la skrg .. tpi kerna kjjuran n kluhuran seorang guru mndidik ank muridnya, ak blajar membaca kehidupan, mengira perjalanan dan menulis pengertian ..

Masih ak bisa terbyg wajah2 mrka, wajah yg manis .. wajah yg berprinsip .. wajah yg mempunyai matlamat sbg seorg guru & pendidik ..


Utk ak tidak 'mmbebel' pnjng lagi, izikan hamba simpulkan kata2 hati hmba dlm lagu ini
(rasanye, sumer tahu ...) dgr2 kn ek

LiLiN SeoRanG GuRu





* thx to cekgu2 kat Tadika Tman Ria. SK Sg Petani. SK Taman Ria. SK Sri Kiambang. MRSM KoPu. MRSM PDRM. SMK Sultan Ibrahim Satu. Kolej MARA Kulim .. maafla, sbb xsnraikan nma2 cekgu kat sni, byk sgt nnti kang, entri ni pnuh nma cekgu je.. huhu


p/s : teringat msa da sorg cekgu dtg tbe2 urut n pcit blkang ak, haha.. =p