KiSAH.CERiTA.HiDuP

... ungkapan KiSAH dalam menCERiTAkan rahsia rongga keHiDUPan ...

Tak Sangka N Tak Menjangka..

Alhamdulillah, bru2 ni pada 28/4 .. telah berlangsung sbuah majlis or should i say Annual Grand Meeting (AGM).. permulaan yang agk suram, but mkin lma mkin bek ..

N u know what, spnjng mjlis ni berlngsung, da jgk la dslitkan persembhan sket . persembhn yg ak n da geng wat adalah yg pertama utk thun ini, kra permulaan persembahan bagi ak la (utk thn ni, sblm ni dh wat da) .. kra dh lama kowt tak wat persembahan n tak pegang mikrofon, ak jadi macam xleh lps je mic tu .. nak je nyanyi byk2 . huhu =p

Yang tu kira ok la lagi, yg ak smpai skrg macam caya tak pcaya jer.. btol ke ak?? layak ke ak?? ak dpilih mnjadi naib presiden utk persatuan pelajar islam (PPi) .. masyaAllah .. btol ke ak yg kena pgg amanah ni?? smpai ke skrg ak still tertnya2, btol ker ni .. tapi, bnda dh jadi ak xleh wat pape la .. yg pasti ak amek bnda ni sbg ujian drpd-Nya pada aku .. ak harap moga2 diberikan kkuatan daripada Allah, utk mmikul amanah yg dberi .. insyaAllah ...

Sensei a!!!



Sumber: iLuVisLaM

‘SENSEI NO TSUKI' : APRESIASI DUNIA
EVENT TEAM MALAYSIA

Pengenalan


Bermula 15 April 2010 hingga 15 Mei 2010, iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB dan majalah ILUVISLAM membawakan kepada anda Kempen ‘Sensei No Tsuki' (atau dalam bahasa Melayunya ‘Bulan Sensei').

Kempen ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Guru & Bapa yang selalunya disambut setiap tahun dimana akan mendedahkan pengguna-pengguna iLuvislam khususnya dan pengguna internet lain amnya tentang peri penting menghargai jasa insan-insan yang pernah mengajar dan mendidik (yang kami gelarkan sebagai ‘sensei') kita sedari kecil. Kempen ini diadakan bagi menghormati, menghargai dan meraikan jasa dan pengorbanan ‘sensei' atas jasa-jasa mereka yang tidak terbalas.


Tema

Bertemakan ‘Apresiasi Dunia', yang membawa maksud penghargaan dunia, kami di iLuvislam.Com yakin dan percaya bahawa penghargaan harus diberikan kepada insan-insan yang telah ‘memberi dunia' kepada kita. Ibu bapa adalah dunia kita sejak lahir dan juga merupakan ‘sensei' pertama kita. Para pendidik seperti guru & pensyarah pula telah mencurahkan ilmu dan insan-insan berjasa inilah yang selayaknya kita beri penghormatan sebesar dunia. Tema ini juga memberi maksud nilai hormat yang kita seharusnya belajar dari masyarakat sekitar dunia dan kami memilih budaya hormat dari masyarakat Jepun sebagai model untuk kita contohi.

‘Sensei' dan Nilai dari Jepun


Bagi masyarakat Jepun, perkataan ‘sensei' merujuk kepada seseorang yang lebih tua dan dihormati dalam masyarakat seperti guru. Perkatan ini juga membawa maksud orang yang memberi ilmu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat Jepun amat terkenal dengan budaya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Budaya menundukkan kepala kepada seseorang adalah tanda hormat yang diamalkan sehingga hari ini, yang sebenarnya mempunyai nilai rendah diri yang tinggi.

Pelaksanaan Kempen


Bersempena dengan kempen ini, Event Team Malaysia iLuvislam.com akan menganjurkan beberapa pertandingan yang menarik untuk disertai. Antara pertandingan yang disediakan adalah seperti,
  • pertandingan menulis Haiku (puisi Jepun)
  • Kad kreatif
  • Memorious Moments
  • pencalonan Ibu/Bapa mithali.
maklumat lanjut mengenai pertandingan, boleh rujuk di sini

Kami juga akan menyiarkan artikel, video serta lagu yang berkaitan dan anda semua digalakkan untuk mencetak dan menampalnya disekolah atau dimana-mana yang bersesuaian atau menyebarkan ayat-ayat cinta walau dengan apa cara. Turut menyertai kami ialah MEOW edisi khas yang akan turut dikeluarkan oleh team Wakil IPT dan juga penyiaran artikel berkaitan kempen oleh Team Tabloid ILUVISLAM.

Anda semua digalakkan memeriahkan thread-thread yang berkaitan dengan kempen ini. Bagi anda yang mempunyai artikel-artikel, video, lagu atau gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi. sila emelkan kepada kami di event[at]iluvislam.com. Kisah menarik mungkin akan kami siarkan diruangan artikel.

Kami mengharapkan agar tradisi menghormati ‘sensei' ini akan berterusan walaupun selepas tamat kempen' Sensei no Tsuki' ini.

Ayuh, apresiasikan ‘sensei' anda!




p/s : rasanye nk wat je Haiku tu.. huhu

SekoLah (Selamat PAgi CekGu!!)

Alhamdulillah....
suatu kelegaan, bila masa program yg dilaksanakan bukanlah sratus peratus berjaya, skurg2nye
dilakukan sbaek mungkin untuk anak didik bngsa di sbuah sekolah agama - Sekolah Rendah Agama Sri Putra baru2 ni
Untuk pgtahuan korg, ni skolah ni bru jer buka, pstu untuk bulan 5 ni, skolah ni djdikan tuan
rumah tuk sbuah acara.. Yang tu ak xbrpe pasti acara pe .. huhu ..

ktorg bertolak pagi, blik smula ke asrama ptg .. dri pg, bleh kata non-stop working la .. da yg
mnampal itu, ini .. angkat meja, almari .. bersihkan bilik perpustakaan ..

Klu ikutkan sgkaan ak .. ingtkan, skulah ni bsar .. rpanye, xla besar mana pn .. tpi utk
siapkan sehari, xckup doh .. mmng blum puas agi la . nak wat cmne, msa mncemburui . but, at
least ktorg dh wat yg terbek, yg tu yg pnting .. letih tu len kra, yg pnting njoy!! (^_^)

Yang mmbuatkan ak tersentuh, ak trasa sperti kmbali smula ke alam persekolahan .. alam tadika, alam sekolah rendah, menengah .. hehe, kdang2 trsa sayu je . kdang2 suke pn da . yela,
ak kat skulah dlu2, xdala nakal sgt.. pndiam je, mlu2 gitu (bley cye ke??)

Yang buat ak sayu, lma sgt ak xjumpa cg2 ak dlu, dri tadika smpai menengah.. klu bukan kerna diaorg, maka bukan aku la skrg .. tpi kerna kjjuran n kluhuran seorang guru mndidik ank muridnya, ak blajar membaca kehidupan, mengira perjalanan dan menulis pengertian ..

Masih ak bisa terbyg wajah2 mrka, wajah yg manis .. wajah yg berprinsip .. wajah yg mempunyai matlamat sbg seorg guru & pendidik ..


Utk ak tidak 'mmbebel' pnjng lagi, izikan hamba simpulkan kata2 hati hmba dlm lagu ini
(rasanye, sumer tahu ...) dgr2 kn ek

LiLiN SeoRanG GuRu





* thx to cekgu2 kat Tadika Tman Ria. SK Sg Petani. SK Taman Ria. SK Sri Kiambang. MRSM KoPu. MRSM PDRM. SMK Sultan Ibrahim Satu. Kolej MARA Kulim .. maafla, sbb xsnraikan nma2 cekgu kat sni, byk sgt nnti kang, entri ni pnuh nma cekgu je.. huhu


p/s : teringat msa da sorg cekgu dtg tbe2 urut n pcit blkang ak, haha.. =p

MuSLimah TiDak GuNa????


Mari kita renungkan artikel khas, khusus untuk para muslimah.. (baca betol2)

"Muslimah memang tak guna..???" Buat sahabat muslimah terutamanya..... Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti .... smile (^_^)


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

9. Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

"Hendaklah mereka (wanita) menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahram mereka.”
(Surah an-Nuur 24: 31)


peringatan ni untuk saya n smua muslimah :)

kepada muslimin pula, kalian boleh nasihatkan kakak, adik, ibu, nenek, saudara perempuan, teman n sesiapa saja muslimah disekeliling kalian

wallahu'alam



credit to "bingkisaNurani"