KiSAH.CERiTA.HiDuP

... ungkapan KiSAH dalam menCERiTAkan rahsia rongga keHiDUPan ...

Mengisi peNGORBANan dalam Pengalaman .




Salam eidul adha,
utk smua pmbaca KiSAH ku ni..

Ak mulai pagiku dgn bangun dari tidor, pagi yg tak sama dgn pagi2 raya sblum2 ni .. Bkn bermksud ak mghrap, tpi ingin mnyatakan kelainan .

Raya kali ini, ak beraya kat umah pak sdara ak . Tak jauh dari hstel ak, cma jauh dari kg ak .
Rsa2 nye ini kali pertma ak brya korban bukan dekat kg . Mncari pnglaman, mungkin . hehe

Macam biasa, pagi2 pergi solat raya . Dgr khutbah yg mcm ceramah - mcm xda semangat je khatib tu baca =.=' . Pastu balik . - itu je -

Tak da la . Mcm ak sbut sblm ni "mencari pnglaman, mungkin" .
Rupe2nye btol .

Ak kna lpah daging korban yang terkorban . Tgk org 'korban'kn lmbu tu dah biasa bg ak . Tapi ini LAPAH .
Mule2, series . len mcm je feeling dia .

Yela 1st time kn .. haha
pegang je pisau tu ke hlur ke hlir . dah smpai je, bahgian lembu . mule2 cm takut2 je . Ntah mna pergi tkut tu, tbe2 je tgn ak trus pgag otot lmbu tu . 

mcm best je ! haha..

pe ag, layan je la ak ni . trus buang lemak2 tu . asingkan yg mna patut.

mule2 dtg situ, siyes . mmng ak rasa bosan . yela, sebab tgk org sembelih je . 
but, terubat jgak bosan ak .. =)

tapi yg ak kagum sgt .
bkn hebatnye pkcik tu blah tulang lembu tu ngn kapak ,
bkn hebatnye tuk imam tu smbelih lembu tu ,
bkn hebatnye mrk memegang lmbu tu sblm dismblih .

tpi, semangat PERPADUAN & KERJASAMA pnduduk stmpat..
memang ak kagum . ak tgk . ak nilai ..

kn bgus klu sume pnduduk MALAYSIA cmni - bsr sgt

kn bgus klu kat kolej ak cmni . tpi apa pkn dya . klu dah ego yg terdpt dlm diri tu BESAR kn .. nk wat cmne, haha .. tpi, skurg2nye berkorban la . xsalah kn?

papepn, ianya mmng pnglaman baru bagi aku . mcm nak je wat lagi ..

slain mngmbil iktibar n pngjaran tntng pristiwa pngorbanan bulan ini , 
pengalaman dalam pngorbanan jga penting . 
kerna penglaman mencipta perjalanan .

 .. sekali lagi ..
~ SALAM EIDUL ADHA ~

Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada. Tiada Jualan Murah. Tiada Lagu Raya. Tiada rancangan khas di televisyen. Tiada mercun dan panjut menghias malam. Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja. Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan? Satu [...]

eid-prayer

Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada 
 pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.

KEKURANGAN YANG SATU

Kekurangannya hanya pada yang satu.

Anak-anak tidak pulang ke desa.

Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…

Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.

Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.

Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.

Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.

Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.

Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.
 
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

mule-mule SENYUM..

Hai, semua!!

Macam mna hari korang hari ini?? 
Gembirakah? .. Dukakah? .. Murungkah? .. Sukekah?

Biar apa pn prsaan kalian hari ini, ktahuilah ia bukannya slamanya . Ia nya sbgai peringtan pada kita, bhwa apa yg kita kecapi bukan la bermksud slamanya, tpi mengajar kita untuk sedar akan sifat smntara pmberian itu . 
Huhu..

okee..

Agak2 korg, selalu ke korg bangun pagi mulekan dgn snyuman??
(^.^)
 
kan comey tu .. hee~

geram jer rsa!! haha..

haha.. pndai pn snyum

wah!! byk nye braces!! hehe

hepi jer pak cik, mnang besar kew? =p

alah3, snyum kmbeng la die.. (mmng pn)

free2 je dapat, korg xnak??

hee, hee, hee

tak kesah la snyum macam mna pn . asalkan ade istilah snyum . 

Bagi ak, bila kter snyum pada awal pagi, insyaAllah.. prjalanan idup kita spnjng hari itu akan ceria je . 

Tapi, bukan tup-tup trus ceria je hari korg . Ia akan bermula scara perlahan2 .

Mungkin hari ini 'keceriaan' tu sikit, esok mgkin bertmbh, esok lagi mgkin len la hepi die . terpulang pda masing2 nye pmbwakan pada hari korg .

Oleh itu, ingt ak mulekan cretan November ini dgn SENYUMANN..!!!


"SENYUMlah kerna alam terSENYUM pada mu"